Friday, 4 October 2013

Tempahan Puding Marble

Alhamdulillah dapat tempahan dari tokey catering.
Comey tak :D. Abaikan meja yang tengah bersepah tu ye hihi.
1 loyang tu RM 25 sahaja. Kalau nk order jangan segan-segan ye inform su.
PM je kat fb su 


Thursday, 3 October 2013

Kek Coklat Puding Karamel

Lama betul tak update blog. Macam-macam cerita nak share tapi tulah. Asyik duk main ngan Aisya je hihi. Kali ni su share kek yang sempat su buat baru ni. Kek ni mesti ramai yang dah pernah buat sebab rasanya yang enak. Jadi su pun terpanggil untuk buat juga hihi. Korang tengoklah sendiri hasilnya. Oklah kot.


Thursday, 19 September 2013

Kek Coklat Kukus Moist


Hari ni terasa nak buat kek coklat kukus moist. Lama dah x buat kek coklat ni. Hampir terlupa dah resepi dia. Bulan lepas ada dapat oder dari cikgu sekolah adik. Oder lak mengejut nak esok terus. So try ajelah buat. Disebabkan frust dengan yang cikgu oder tu lah, su try buat balik kek coklat ni. Alhamdulillah menjadi macam yang su buat sebelum ni. Tapi yang herannya lagi moist lak hihi. Alhamdulillah :)


K dah letak dalam bekas. Ready tuk di agihkan dekat saudara mara terdekat hihi mesti dia orang semua rindu nak makan kek coklat ni. Lama dah su tak buat. Kalau nak oder pun boleh.
Su sedia menerima tempahan. Tapi inform awalnya :) Almakhlumlah, dah de dak kecik ni hihi

Sunday, 15 September 2013

Popia Citarasa Sendiri

Salam semua..
Sibuk tullah sekarang ni. Sampai blog pun tak sempat nak di update hihi. Segala aktiviti yang su buat, ada su snap gambar. Tapi tullah. Kekangan masa tu yang menghalang su dari update blog. Sekarang ni aisya masih lagi tido. So, nilah time yang paling sesuai untuk update blog. Tdo dulu ye sayang. Ibu update blog jap. Siap nanti baru bangun ye :)

Usha-usha folder dalam komputer, rupanya banyak cerita-cerita yang tak sempat su nk update. Emmm su kongsi dengan korang semualah cerita tentang Popia yang su buat hari tu. Su pernah buat popia lepas raya hari tu. Tu misi melepaskan geram hihi tak puas hati dengan popia dekat Bazar Ramadhan.

So, kulit popia yang su beli 2 peket hari tu ada lagi dalam peti... emm apa lagi, misi baru pun bermulalah. Nak buat apa ye dengan kulit popia ni. Konpem-konpem lah buat popia. Tapi su taknak buat popia biasa hihi dah boring rasanya. Maka bermulalah idea su yang tah ape-ape tah hihi. Tapi best tau. K, jom kita layan popia ikut selera su ni hihi

POPIA CITARASA SENDIRI

Bahan yang su guna:

Kulit Popia
Daging Cincang
Telur
Keju
Garam
Minyak

Cara nk buat inti:

Mula-mula letak minyak sikit, pastu letak telur, kacau-kacau telur tu sampai hancur. Pastu letak daging cincang. Jangan tunggu telur garing dulu baru letak. Sebab kita nak masak sekali dengan daging. Biar telur tu melekat pada daging. letak sikit je garam. ambil syarat je. Jangan sampai tawar sangat. ok, bila dah masak, ready kulit popia. Masa menggulung tu letaklah keju kat dalam tu. gulung lah sampai siap hihi mudah je kan.

Haaa... mudah je kan :) Tadaaa , nilah hasil dia


 Nampak tak inti dia :)



yum yum :D. Jom cuba




Part 2 - Rehat-rehat di Pantai Batu Buruk


Salam semua... jom kite sambung main-main kat pantai :)



Mak ngah.. jom kite posing :)


Ala... dahaga la... aisya minum jap ye. yum yum

 

Minum susu pun nk posing :)

Yeayy... saya dah kenyang. Ibu... jom kita main :D





Waaa.... bestnya :D



Jom kita jalan-jalan atas pasir lak :)



Yeayyy... aisya dah letih main + ibu dia pun lotih ni. asyik tunduk-tunduk je pegang dia hihi 
sayang aisya muuaah...

oklah. kita sambung lain kali lak ya. ibu nak masuk dapur lak :)



Thursday, 12 September 2013

Rehat-rehat di Pantai Batu Buruk


Salam semua... hari ni ibu aisya free. yeay.. ibu bawa aisya jalan-jalan dekat pantai. Jom ke Pantai Batu Buruk. Bestnya boleh main pasir. Ni first time tau aisya main pasir hihi


Mak ngah pun ada. yum yum bestnya mak ngah minum air batu. 
Mak ngah.... aisya nak sikit. sikitttt jee :D


Sedih je muke aisya. Sob sob... aisya sedih sebab baru lepas cucuk.
Jangan demam dah lerk sayang. Risau ibu.


Kesan cucuk. Sob sob, sakit tau... :(
Lihat kesan cucuk tau, jangan lihat kaki aisya. hihi aisya seksi sikit hari ni. ops


muka excited lihat kamera :)




Aisya memang pandai possing :)
Nak lihat gambar aisya kat pantai lg? Tunggu part 2 lak ye. Sbb ibu x sempat lagi nak edit gambar hihi. Gambar aisya lompat tinggi pun ada. Tunggu ye..... bye semua






Tuesday, 10 September 2013

Santai-santai



Santai-santai dengan aisya kat dalam rumah je :)
Aisya suka sangat tengok tv. Mesti diam aje time tengok.
So, apa lagi, jom kita possing sayang


hihi boring tengok tv ke sayang. 
ee geram tul lah kat anak ibu ni.

 

Apalah ibu ni, asyik posing jerrr... Main bunga lah best sikit





emm semua mende nak sumbat dalam mulut
yum yum :D









Dah Pandai Meniarap


Cuba dan cuba lagi... yeaay aisya dah boleh meniarap yes yes :D
suka sangat aisya time ni. kalau baringkan dia semula mesti nk meniarap lagi. 
Perlu berjaga-jaga lah lepas ni. Dah tak boleh tinggal aisya sorang-sorang. Bimbang meniarap nanti lama-lama sakit lak dada dia


Ini pulak percubaan kali ke 2 untuk malam nya. Ops, saya lupalah dah boleh meniarapkan hihi.
Malam tu pulak baru aisya meniarap lagi. Terus meniarap sayang. Biar cepat pandai.



Yeay..... ayah, aisya dah leh niarap. Jom buat fotoshoot baby hihi




Saturday, 7 September 2013

Puding Gula Hangus

Puding Gula Hangus. Masa bulan puasa tempoh hari lagi, su tertanya-tanya bila melihat ramai sangat orang yang jual Puding Gula Hangus ni. Emmm mesti kuih ni senang nak buat sebab yang jual tu kebanyakkannya budak-budak muda lagi. Bila fikirkan senang, teringin lak su nk membuatnya. Maka bermulalah episod usha-usha resepi dalam blog masakan terkenal yang biasa su usha sebelum ni. Setiap rezeki yang mereka berikan semuanya berbeza. emmm dipendekkan cerita, su try lah tanya bonda tercinta hihi harap-harapnya tak marah lah nya. hihi. Bukan apa, mak su ni garang sikit bab-bab ajar memasak ni ooppppss sory ma :D



Tadaaa.... Nilah dia hasilnya :D. Tapi fust sikit sbb sedikit pahit untuk bahagian atas huhu next time harus berhati-hati time cairkan gula. yeap ingat tu su hihi


Dah siap potong. Bolehlah dalam 12 potong :D


yum yum :) jangan lupa mencuba tau. nak resepi dia? komenlah kat sini dulu hihi

Sunday, 25 August 2013

Aisya Ada Tetamu



Time tengah pantang kat rumah tok ma, Kak Yasmine datang tengok Aisya :)


Waaaa bestnya kena peluk di mama Zaty :D. Kak Yasmine jangan jeles tau. Aisya pinjam jap jeee mama.




Aisya nangis nak susu, Yasmine nangis nak baby Aisya :)


Waa Tokcik pun ada :)




Tetamu cilik pun ada. Bakal kawan-kawan Aisya lah nanti ni hihi