Sunday, 15 September 2013

Popia Citarasa Sendiri

Salam semua..
Sibuk tullah sekarang ni. Sampai blog pun tak sempat nak di update hihi. Segala aktiviti yang su buat, ada su snap gambar. Tapi tullah. Kekangan masa tu yang menghalang su dari update blog. Sekarang ni aisya masih lagi tido. So, nilah time yang paling sesuai untuk update blog. Tdo dulu ye sayang. Ibu update blog jap. Siap nanti baru bangun ye :)

Usha-usha folder dalam komputer, rupanya banyak cerita-cerita yang tak sempat su nk update. Emmm su kongsi dengan korang semualah cerita tentang Popia yang su buat hari tu. Su pernah buat popia lepas raya hari tu. Tu misi melepaskan geram hihi tak puas hati dengan popia dekat Bazar Ramadhan.

So, kulit popia yang su beli 2 peket hari tu ada lagi dalam peti... emm apa lagi, misi baru pun bermulalah. Nak buat apa ye dengan kulit popia ni. Konpem-konpem lah buat popia. Tapi su taknak buat popia biasa hihi dah boring rasanya. Maka bermulalah idea su yang tah ape-ape tah hihi. Tapi best tau. K, jom kita layan popia ikut selera su ni hihi

POPIA CITARASA SENDIRI

Bahan yang su guna:

Kulit Popia
Daging Cincang
Telur
Keju
Garam
Minyak

Cara nk buat inti:

Mula-mula letak minyak sikit, pastu letak telur, kacau-kacau telur tu sampai hancur. Pastu letak daging cincang. Jangan tunggu telur garing dulu baru letak. Sebab kita nak masak sekali dengan daging. Biar telur tu melekat pada daging. letak sikit je garam. ambil syarat je. Jangan sampai tawar sangat. ok, bila dah masak, ready kulit popia. Masa menggulung tu letaklah keju kat dalam tu. gulung lah sampai siap hihi mudah je kan.

Haaa... mudah je kan :) Tadaaa , nilah hasil dia


 Nampak tak inti dia :)



yum yum :D. Jom cuba




No comments:

Post a Comment